Monday 26 October 2015

Karma (Part 4)

Hak Milik Atiqah Safian


Aina duduk membaca novel di tangannya. Matanya kusyuk membaca setiap perkataan yang tertulis. Langsung tidak dihiraukan Fazira yang sibuk membuat air di dapur. Fazira hanya menggeleng kepala melihat Aina yang tidak senang duduk. Kejap duduk. Kejap baring. Kejap mengiring ke kanan. Selepas itu, ke kiri pula.

Fazira menatang sebuah jug dan dua cawan di atas dulang. Dibawanya mendekati Aina yang masih kusyuk membaca buku. Air sirap. Memang kegemaran Aina. Tak boleh terlalu manis. Nanti Aina menggigil pula. Tak boleh pula tawar. Tak dihabisnya nanti.

"Aina, nah.. Air sirap."

Diberinya cawan yang berisi air sirap itu kepada Aina. Aina berhenti membaca buku lalu memandang Fazira. Matanya melirik ke arah cawan tersebut. Tiba-tiba mata Aina terbeliak lalu ditolak cawan itu sekuat hati. Pecah! Fazira benar-benar terkejut lalu memandang wajah Aina. Air mata.

"Huda... Darah..."

Terasa serba salah di hati. Cepat-cepat Fazira membersihkan lantai daripada kaca-kaca tersebut. Aina mungkin sekali masih belum mampu melupakan kejadian itu. Mana mungkin lupa. Perkara itu ada di hadapan matanya.

Huda sememangnya dalam keadaan parah kerana mengalami kehilangan banyak darah namun masih mampu diselamatkan. Pihak polis puas bertanya tentang penjenayah yang melakukan kekejaman ke atas Huda namun dia hanya mampu diam. Diam membisu.

Terlihat Aina mengambil remote control televisyen di atas meja. Ditekannya punat POWER dan keluar siaran berita di TV3.

Sekali lagi, seorang wanita berumur 20 tahun telah diseksa dengan kejam. Kes ini sudah berlanjutan sehingga sebulan dan masih belum ditemui penjenayahnya. Menurut pihak polis, penjenayah itu dikatakan seorang lelaki dan mangsa-mangsa diseksa di seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Bagaimanapun, pihak polis....

Hitam. Tangan Aina masih lekat memegang remote control tersebut. Fazira memandang Aina yang masih diam membisu. Apa yang sedang Aina fikirkan? Fazira tidak mampu meneka.

"Fazira, kau rasa kenapa lelaki tu buat macam tu?"

"Mungkin... dia berdendam.."

Diam. Aina masih lagi dengan angannya. Risau pula Fazira tengok keadaan sahabatnya itu.

"Kau fikir apa tu, Aina?"

"Kau tahu apa erti sabar?"
Fazira menggelengkan kepalanya. Langsung dia tidak mengerti apa yang cuba Aina sampaikan. Apa hubungan sabar dengan semua ini?

"Sabar tu maksudnya kita kena menahan diri kita daripada mengikut perasaan tapi dalam masa sama, kita kena bertindak."

Di saat itu, hati Fazira berdebar-debar.

"Aina.. Kau jangan.."

Aina bangun menatap wajah Fazira yang sudah mulai pucat.

"Aku nak selesaikan kes ni.."

( Insya-Allah, akan bersambung. Terima kasih sebab sudi baca. Wassalam~)

<----- Part 3
Part 5 ----->

No comments:

Post a Comment