Friday 30 October 2015

Karma (Part 7)

Hak Milik Atiqah Safian

Sujud yang terakhir, lama masa yang diambil. Dia bangkit untuk tahiyyat akhir. Diberi salam dan tangannya ditadah untuk berdoa. Tanpa sedar, air matanya mengalir, membasahi pipi. Sebentar lagi.. Sebentar sahaja lagi.

Aina memandang sekeliling. Hanya beberapa sahaja manusia di dalam masjid. Dan dia satu-satunya gadis muda yang solat di situ. Yang lain kesemuanya sudah tampak dewasa. Di mana hilangnya anak-anak muda? Sibuk dengan dunia? Sibuk dengan keseronokan? Entah. Aina sendiri tidak pasti.

Telekung dilipat rapi dan dimasukkan ke dalam beg. Kepalanya ditutup pula dengan tudung. Dipandang lama cermin di hadapannya. Ini saatnya. Aina menarik nafas panjang. Tiada masa untuknya memandang belakang lagi. Dia sudah pergi sejauh ini. Dia perlu meneruskan perjalanannya.

***

Aina keluar dari keretanya. HEAVEN. Itu yang tertera pada pintu bangunan itu. Kakinya terasa berat ingin melangkah. Dengan bacaan Basmallah, Aina cuba masuk ke dalam namun ada seorang lelaki bertubuh sasa menghalang perjalanannya.

Aina mengetap bibirnya memikirkan sesuatu. Setelah berfikir panjang, Aina mengeluarkan not RM100 dan cuba dianggapnya darurat. 'Ya Allah Ya Tuhanku. Aku melakukan semua ini untuk menyelamatkan mereka yang tidak berdosa. Ampunilah dosaku ini.' desis hati Aina. Lelaki bertubuh sasa itu mengambil duit tersebut lalu membenarkan Aina masuk.

Masuk sahaja, lagu berdengung kuat di telinga Aina. Terasa hendak pekak sahaja telinga Aina. Terus ditutup kedua-dua telinga. Dipandang pula sekeliling. Banyak gadis menari-nari di situ. Tanpa segan silu, membiarkan tubuh mereka diramas oleh lelaki-lelaki yang kelaparan.

Matanya melirik ke tempat lain. Ternampak pula mereka yang sedang minum air kencing syaitan dengan lagaknya. Ada juga tanpa segan silu sedang bercumbu-cumbuan. Saat itu, Aina terasa hendak menangis dan melarikan diri dari tempat itu.

'Ya Allah, lindungilah aku sebagaimana Engkau melindungi hamba-Mu yang lain. Teguhkanlah imanku.' Aina beberapa kali berdoa. Sungguh dia benar-benar takut akan situasi ini. Dicuba tidak tersentuh dengan lelaki. Kakinya melangkah ke arah bar.

"Minum apa, cik adik?"

Lelaki yang bekerja di meja bar itu mendekatinya. Aina takut-takut namun dia cuba menghilangkan rasa gelisahnya dengan menggelengkan kepalanya.

"You're sure? My treat."

Lelaki itu mula tersenyum nakal namun Aina menggeleng kepalanya sekali lagi dengan senyuman penuh kepura-puraan. Lelaki itu meninggalkan Aina bersendirian. Aina memandang sekeliling, mencari-cari sesuatu. Dia tidak pasti apa yang dicari namun dia cuba memberanikan dirinya.

Matanya terpandang kepada dua pasangan di sebelah. Mereka sedang berbual dengan mesranya lalu bercumbu-cumbuan dengan rakusnya. Aina terkejut lalu melarikan anak matanya. Dia beristighfar banyak-banyak. Akhirnya, dia berpaling dan tiba-tiba terasa dirinya terlanggar terhadap sesuatu yang bersaiz besar.

"Ouch !"

"Are you okay, miss ?"

Tangannya diurut seketika sebelum dia bangkit dari tempat dia terjatuh. Sebaik sahaja dia berdiri, Aina memandang orang yang dilanggarnya tadi. Mata Aina terbeliak seluas-luasnya. Lidahnya tiba-tiba terasa kelu.

"SAIFUL?"

( Insya-Allah, akan bersambung. Terima kasih sebab sudi baca. Wassalam )

<----- Part 6
Part 8 ----->

Thursday 29 October 2015

Karma (Part 6)

Hak Milik Atiqah Safian


Mengikut laporan ayahnya, Raihan terpaksa dimasukkan ke dalam hospital bahagia kerana terlalu trauma. Sekali lagi, Aina pergi tanpa Saiful di sisi. Nampaknya, hanya dia sendiri terpaksa menyelesaikan kes ini.

"Raihan ni takdelah seserius yang lain. Tapi dia ni lebih suka menyendiri. Kadang-kadang, suka benar melukis. Dia pun tak banyak cakap."

Aina mengangguk sahaja mendengar kata-kata doktor yang sedang membawanya kepada Raihan. Hatinya berdebar-debar. Ini kali pertama dia ke dalam hospital bahagia. Tak dapat dibayangkan jika dia sendiri yang berada di sini untuk dirawat.

Tiba di satu bilik. Terlihat seorang gadis sedang mencangkung, melukis sesuatu di atas kertas. Seperti Huda, rambutnya botak. Tangannya berparut-parut. Kakinya juga begitu. Entah bagaimana pula badannya.

"Raihan, ada orang nak jumpa kamu."

Diam. Masih lagi membisu gadis itu. Aina memandang wajahnya. Cantik. Seperti seorang kacukan cina dengan melayu. Huda juga cantik kerana mempunyai darah Pakistan. Sungguh dia cemburu saat ini. Namun, dia cuba sedaya upaya bersyukur atas nikmat yang ada pada dirinya.

"Raihan lukis apa ni?"

Seperti seorang ibu, Aina bertanya kepada Raihan. Namun dia diam sahaja. Aina curi-curi memandang lukisan Raihan. Seorang lelaki. Namun Aina tidak mampu cam akan wajah itu disebabkan itu hanyalah sekadar kartun.

"Siapa ni?"

Aina tidak berputus asa. Namun Raihan masih diam. Dicubanya menarik kertas lukisan Aina namun tiba-tiba..

"KAU JANGAN RAMPAS DIA! DIA NAK BAWA AKU KE SYURGA!!"

Terkejut Aina. Syurga? Siapa sebenarnya lelaki tu? Aina bangkit memandang wajah Raihan yang masih lagi merah padam. Aina berjalan-jalan memandang bilik Raihan sekeliling manakala Raihan sendiri masih dengan angannya.

Ada satu gambar tampak seorang gadis duduk di sebuah bar. Ada cawan di atas meja itu. Gambar kedua pula, seorang lelaki duduk dengan seorang gadis. Kini, ada dua botol di atas meja itu. Gambar ketiga, gadis dan lelaki itu berdiri, memandang antara satu sama lain. Gambar keempat, ada katil pula berdekatan dengan mereka berdua. Gambar kelima, gadis itu sedang duduk dan lelaki itu berdiri. Gambar keenam, gadis itu terlentang jatuh dan lelaki itu memalingkan wajahnya.

Saat itu Aina tersedar sesuatu. Adakah ini kejadian yang dialami Raihan? Tiba-tiba terdengar Raihan membisikkan sesuatu.. Dia sebut.... SYURGA! Apa maksud semua ini? Syurga? Neraka? Seksa? Aina masih bingung.

Tiba-tiba Aina terfikirkan sesuautu. Didekat bibirnya ke arah telinga Raihan yang juga berparut. Gadis itu masih lagi dengan lukisan kartunnya.

"Heaven..."

"Heaven......"

Serentak dengan itu, Raihan mengambil satu kertas. Dia terus sahaja melukis seorang gadis dan seorang lelaki duduk di satu tempat. Mereka seperti sedang berbual dengan mesra kerana ada senyuman di bibir mereka. Saat itu, Aina sudah menganggak sesuatu.

Aina terus keluar meninggalkan hospital bahagia tersebut. Handphonenya dipandang sebentar. Masih tiada panggilan atau mesej masuk. Tampaknya Saiful takkan turut serta dalam aksi seterusnya. Aina masuk ke dalam keretanya dan memulakan enjin.

"Heaven.. Here I come.."

( Insya-Allah, akan bersambung. Terima kasih sebab sudi baca. Wassalam )

<----- Part 5
Part 7 ------ >

Tuesday 27 October 2015

Karma (Part 5)

Hak Milik Atiqah Safian


"Kau biar betul! Gila ke apa?"

Ternyata Fazira benar-benar terkejut dengan kata-kata Aina. Ini bukannya menyelesaikan masalah. Ini mendatangkan maut! Namun Aina tampak tekad dengan pegangannya. Adakah Aina sudah tidak siuman?
"Kau jangan bagitahu ayah aku pasal benda ni. Biar aku settle benda ni dengan Saiful. Aku tahu, Saiful mesti nak tolong. You're in?"

Fazira ragu-ragu. Dahinya berkerut seribu. Benar. Aina memang sudah gila! Fazira tunduk membisu dan hanya mampu menggeleng kepalanya.

"Aku tak nak apa-apa terjadi dekat kau. Tolonglah fikir balik, Aina."

Mata Aina melirik ke arah jam. Sudah pukul 1.45 petang. Tanpa menjawab kata-kata Fazira tadi, Aina mengatur langkahnya ke arah bilik air untuk mengambil wudhuk. Fazira pula memalingkan wajahnya, berjalan menuju ke bilik tidurnya.

Dia memandang ke jendela. Memikirkan sesuatu. Bibirnya diketap sebelum mengeluh panjang. Fazira berzikir, menenangkan jiwa hatinya yang bergolak.

"I won't let that happen."

***

Beberapa kali mata Aina memandang jam tangannya. Sudah lama dia menunggu. Mana Saiful? Aina bangkit dari tempat duduknya, masuk ke dalam sebuah bilik yang sejuk.

Seorang gadis terbaring lemah di atas katil. Matanya hanya memandang ke syiling, menghiraukan Aina di sisi. Aina memegang tangannya yang sejuk. Terasa sebak di hati melihat Huda yang lemah.

"Huda.. Aina janji, Aina cari orang tu."

Terlihat Huda mengalirkan air matanya. Segera Aina kesat namun dia sendiri tidak mampu menahan dirinya daripada menangis.

"Aina.... Aina jaga diri... Dia takkan kacau Aina.... Dia kacau....orang macam... Huda je...."

"Maksud Huda?"

"Dia cakap... Huda... ahli neraka... Jadi, demi Huda, dia nak bawa Huda ke syurga.."

Aina kerutkan dahinya. Apakah semua ini? Dia langsung tidak mengerti. Syurga? Neraka? Apakah hubungan antara dua tempat ini dengan kejadian seksaan terhadap Huda dan gadis-gadis lain?

"Huda.. Huda ingat muka dia?"
Huda menggelengkan kepalanya. Aina mengusap kepala Huda yang sudah botak. Sebak melihat keadaan Huda. Jari kaki Huda terpaksa dipotong kerana terlalu teruk parahnya. Badan Huda pula masih lagi ada kesan torehan pisau.

"Takpe, Huda. Aina akan cari dia."

"Jangan Aina.. Dia maybe takkan kacau Aina tapi dia takkan lepaskan Aina.."

"Kenapa?"
"Sebab Aina tak macam Huda.."

Diam. Mata Aina terpahat memandang Huda yang masih tampak pucat. Dia berpaling menuju ke hadapan. Dalam hati, dia beristigfar sambil hatinya berdesis, 'Maafkan Aina, Huda.."

( Insya-Allah, bakal bersambung. Terima kasih sebab sudi baca. Wassalam )

<----- Part 4
Part 6 ----->

Monday 26 October 2015

Karma (Part 4)

Hak Milik Atiqah Safian


Aina duduk membaca novel di tangannya. Matanya kusyuk membaca setiap perkataan yang tertulis. Langsung tidak dihiraukan Fazira yang sibuk membuat air di dapur. Fazira hanya menggeleng kepala melihat Aina yang tidak senang duduk. Kejap duduk. Kejap baring. Kejap mengiring ke kanan. Selepas itu, ke kiri pula.

Fazira menatang sebuah jug dan dua cawan di atas dulang. Dibawanya mendekati Aina yang masih kusyuk membaca buku. Air sirap. Memang kegemaran Aina. Tak boleh terlalu manis. Nanti Aina menggigil pula. Tak boleh pula tawar. Tak dihabisnya nanti.

"Aina, nah.. Air sirap."

Diberinya cawan yang berisi air sirap itu kepada Aina. Aina berhenti membaca buku lalu memandang Fazira. Matanya melirik ke arah cawan tersebut. Tiba-tiba mata Aina terbeliak lalu ditolak cawan itu sekuat hati. Pecah! Fazira benar-benar terkejut lalu memandang wajah Aina. Air mata.

"Huda... Darah..."

Terasa serba salah di hati. Cepat-cepat Fazira membersihkan lantai daripada kaca-kaca tersebut. Aina mungkin sekali masih belum mampu melupakan kejadian itu. Mana mungkin lupa. Perkara itu ada di hadapan matanya.

Huda sememangnya dalam keadaan parah kerana mengalami kehilangan banyak darah namun masih mampu diselamatkan. Pihak polis puas bertanya tentang penjenayah yang melakukan kekejaman ke atas Huda namun dia hanya mampu diam. Diam membisu.

Terlihat Aina mengambil remote control televisyen di atas meja. Ditekannya punat POWER dan keluar siaran berita di TV3.

Sekali lagi, seorang wanita berumur 20 tahun telah diseksa dengan kejam. Kes ini sudah berlanjutan sehingga sebulan dan masih belum ditemui penjenayahnya. Menurut pihak polis, penjenayah itu dikatakan seorang lelaki dan mangsa-mangsa diseksa di seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Bagaimanapun, pihak polis....

Hitam. Tangan Aina masih lekat memegang remote control tersebut. Fazira memandang Aina yang masih diam membisu. Apa yang sedang Aina fikirkan? Fazira tidak mampu meneka.

"Fazira, kau rasa kenapa lelaki tu buat macam tu?"

"Mungkin... dia berdendam.."

Diam. Aina masih lagi dengan angannya. Risau pula Fazira tengok keadaan sahabatnya itu.

"Kau fikir apa tu, Aina?"

"Kau tahu apa erti sabar?"
Fazira menggelengkan kepalanya. Langsung dia tidak mengerti apa yang cuba Aina sampaikan. Apa hubungan sabar dengan semua ini?

"Sabar tu maksudnya kita kena menahan diri kita daripada mengikut perasaan tapi dalam masa sama, kita kena bertindak."

Di saat itu, hati Fazira berdebar-debar.

"Aina.. Kau jangan.."

Aina bangun menatap wajah Fazira yang sudah mulai pucat.

"Aku nak selesaikan kes ni.."

( Insya-Allah, akan bersambung. Terima kasih sebab sudi baca. Wassalam~)

<----- Part 3
Part 5 ----->

Saturday 24 October 2015

Karma (Part 3)

Hak Milik Atiqah Safian

Semua tampak sibuk. Ramai lelaki beruniform biru tua berlari sana sini, mencari bahan bukti. Mereka yang beruniform putih berlari mendapatkan Huda yang masih lemah di bilik. Aina pula lemah, terduduk di sofa ruang tamu. Masih trauma melihat kejadian tadi.

Fazira duduk bersebelahan dengannya. Cuba menenangkan Aina yang dari tadi tidak berhenti mengalirkan air mata. Dikesat air mata itu sambil memeluk tubuh badan Aina yang kecil. Namun, Aina seolah-olah berada di dunianya tersendiri.

"Aina ! Fazira ! "

Kedua-dua gadis itu memandang ke arah suara yang memanggilnya. Terlihat rakan mereka, Saiful berlari ke arah mereka berdua dengan wajah tampak risau. Aina terus tunduk, masih mengalirkan air mata.

"Aina, kau okey?"

Aina menggeleng kepalanya. Badannya terus menggigil ketakutan. Terlihat seorang lelaki beruniform berwarna biru tua mendekati Aina. Aina memandang lelaki tersebut, berdiri lalu memeluk lelaki itu seeratnya.

"Ayah! Huda akan selamat kan?"

Ayah Aina hanya mengusap kepala Aina. Dia hanya mampu diam, menenangkan hati gadis sunti itu.

"Kenapa Aina datang sini tadi?"

"Huda.. Telefon tadi, minta Aina datang. Aina dah tanya kenapa, tapi dia cuma cakap tolong je. Jadi, Aina teruslah datang sini.."

Ayah Aina mengangguk sahaja sambil memandang sekeliling. Tiada satu barang pun yang hilang. Tak mungkin ini satu kecurian. Nak dikatakan pembunuhan, kenapa biarkan Huda terseksa begitu sahaja?

"Fazira, kamu bawa balik Aina ke rumah. Tenangkan dia."

Fazira mengangguk. Terus dia pimpin Aina yang masih lemah ke luar. Saiful hanya mengikut dari belakang. Sebaik sahaja Fazira memasukkan Aina ke dalam kereta, dia memalingkan wajahnya memandang Saiful.

"Kau jangan ikut. Leave her alone for awhile."

Saiful terpinga-pinga. Fazira tampak serius. Tujuannya bukan apa. Dia tahu Saiful ni bukannya tahu hendak memujuk orang lain. Dia tidak mahu fikiran Aina lebih bercelaru. Terus dia berlari masuk ke dalam kereta lalu dipandunya menuju ke arah Utara.

Saiful berjalan ke arah pokok yang berdekatan. Ditenung pokok itu lama. Tanpa amaran, terus ditumbuk pokok itu sehingga berdarah tangannya. Dipandang tangannya pula. Lama.

"Apa salah aku?"

<----- Part 2
Part 4 ----->

Friday 23 October 2015

Karma (Part 2)

Hak Milik Atiqah Safian

"Huda. Kenapa ni?"

"Tolonglah Huda.. Sakit.."

"Huda kat mana ni?"

"Rumah..."

Aina segera mematikan handphonenya lalu terus meninggalkan kedai buku itu tanpa memanggil Fazira yang masih sibuk membelek-belek novel. Kereta Myvi merah yang setia menunggunya terus Aina pandu melebihi had laju.

Fikiran Aina bercelaru. Kenapa dengan Huda? Huda tampak terseksa. Esakan Huda menjadi igaun. Diketuk-ketuk kepalanya beberapa kali. Takut pula accident nanti kerana kecuaiannya. Akhirnya, tiba juga di rumah Huda. Rumah teres dan tampak tidak kemas rumah itu. Namun, terus sahaja Aina rempuh ke rumah tersebut.

Pintu tidak berkunci. Hati Aina berdebar-debar. Adakah berlaku rompakan? Ruang tamu tampak tidak terusik.

"Huda!"

Diam. Aina semakin risau akan keadaan Huda. Dicarinya di dapur, mungkin terjatuh kerana tergelincir. Memang lantai dapur Huda sangat berminyak menyebabkan beberapa kali jua dia terjatuh. Namun, tiada orang di situ. Dicarinya pula di bilik. Mungkin sedang baring di atas katil.

Terlihat pintu bilik Huda terbuka sedikit. Aina menolak perlahan pintu tersebut dengan hati berdegup kencang. Tika itu, mata Aina terbuka seluas-luasnya.

"Aina... Tolong.. "

Darah berlumuran di atas katil. Merah. Keadaan Huda lebih mengerikan. Lehernya yang jinjang dikelar. Jari kakinya hitam, seperti baru dibakar. Satu badannya berdarah dalam keadaan mengilukan. Kepalanya luka-luka tanpa rambut.

Huda lemah mengangkat tangannya, meminta pertolongan. Adakalanya terjatuh semula. Dia cuba merangkak ke arah Aina namun Aina mengundurkan diri. Terus dipalingkan wajahnya. Sungguh dia betul-betul ngeri akan kejadian seperti ini.

"Tolong Huda...."

Esakan itu memilukan hati Aina. Terus Aina mencapai handphonenya tanpa memandang wajah Huda. Ditekan tiga nombor sama di handphonenya.

"Hello.. Polis! "

( Insya-Allah, bakal bersambung. Terima kasih kerana sudi baca. Wassalam~ )

<----- Part 1
Part 3 ----->

Thursday 22 October 2015

Karma (Part 1)

Hak Milik Atiqah Safian

" Abang, abang janji takkan tinggalkan saya?"
"Janji.."
"Bukti ?"
"Abang akan bawa sayang ke syurga."

***

Aina membelek-belek setiap buku di rak tersebut. Tiada satu yang berkenan di hatinya kini. Novel pula hanya berdasarkan cinta monyet antara remaja dan kononnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Kebanyakannya tiada pengisian daripada novel tersebut.

Dicapai pula buku motivasi. Hampir kesemuanya sudah Aina khatam. Diletakkan semula di tempat asalnya. Buku tebal bertajuk Twilight juga sudah dia baca malah berkali-kali sudah dia khatam membaca buku tersebut.

"Aina ! Aina ! Tengok ni !"

Terlihat Fazira, sahabat baiknya memanggil dirinya dari jauh. Aina pergi ke arahnya sambil membetul tudungnya yang sudah tidak kemas. Tampak mata Fazira melilau-lilau membaca pengisian surat khabar yang ada pada tangannya.

"Apa dia?"
"Kau dengar tau. Seorang gadis berumur 22tahun telah didapati diseksa dengan ngeri pada seluruh tubuh badannya kecuali wajah dan kedua-dua telapak tangan. Disyaki gadis ini bersama-sama dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya di bar. Apabila ditanya tentang wajah lelaki itu, gadis itu tidak ingat apa-apa kerana mabuk."

Aina terkejut. Sebelum ini, kes simbah asid masih belum ditemui dalangnya. Kini, apa pula? Aina mencapai surat khabar tersebut. Membaca setiap bait ayat yang wujud pada helaian surat khabar tersebut.

Gadis itu mengatakan pada awalnya rambutnya ditarik dengan sekuat hati dan dipotong hingga kepalanya luka-luka. Badannya pula dilibas dengan tali pinggang dan adakalanya, ditoreh pula dengan pisau. Mengikut pihak hospital, gadis ini telah kehilangan banyak darah sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad.

"Libas tu aku tak kisah lagi tapi kena toreh? Eeeiii.. Ngeri betul aku. Kesian betul perempuan tu." kata Aina.

"Kesian? Kesian memang kesian tapi kau baca balik apa dorang cakap kat atas tu. Dia mabuk ! Hei, budak-budak zaman sekarang."

"Kau tu bukan budak-budak ke?"

"Err... Lupakan je lah. Jom beli buku."

Aina membaca semula artikel dalam surat khabar tersebut. Dunia memang nak akhir zaman. Manusia semakin lupa akan dosa dan hanya menurut hawa nafsu sahaja. Aina meletakkan semula surat khabar tersebut pada tempat asalnya. Tiba-tiba..

Handphone Aina mula menyanyi rancak. Terus Aina mengambil handphone dari koceknya dan terlihat nama sepupunya, Huda menelefonnya. Aina dengan senang hati menekan butang jawab dan memberi salam.

"Aina... Tolong Huda... Tolong..."

( Insya-Allah, bakal bersambung. Terima kasih sebab sudi baca.. Wassalam.. )

Part 2 ----->