Saturday 29 August 2015

Resolusi

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Hak Milik Atiqah Farhana Safian. Siapa curi, Allah tengah tengok kau. Hantu sebelah kau pun tengah tengok.
Dah berapa bulan aku tak post sebenarnya? Sampaikan bila Teme Abdullah komen pun aku perasan lepas 2 bulan. Adeh. Maaf atas kesibukan yang melanda.

Di sebalik kesibukan di universiti dan assignment yang tak pernah putus-putus, aku sempat join satu competition iaitu Pertandingan Menulis Komik dan...... atas tu lar teaser yang aku buat untuk menggambarkan hasil kerja aku.

Aku bukan buat novel pun. Aku tulis cerpen je dan Alhamdulillah, aku memenangi tempat ketiga. TOP 5 sahaja ceritanya akan dikomikkan! Dan syukur Alhamdulillah, lima cerita sudah dikomikkan dan kini dalam proses pencetakan.

Baiklah. Bismillahirrahmanirrahim.

Komik ini telah dinamakan sebagai RESOLUSI, sebuah kompilasi pemenang komik dakwah 2015 anjuran Ghuraba' Productions dan Abeben Artworks. Kini, kami menerima order pembelian!

Ada lima cerita dalam komik RESOLUSI
1. Kematian Untukku
2. Demi Sebuah Subuh
3. Fatamorgana
4. Keazaman Mencapai Impian
5. Mengapa Dia Memukulku Sehingga Mati?

Komik ini hanya boleh dibeli melalui online dengan harga RM10 tidak termasuk postage! So, sesiapa yang berminat untuk membeli, boleh email je saya, atiqahsafian@yahoo.com .

InsyaAllah, aku akan cerita gak sinopsis setiap satu cerpen yang ada dalam page fb aku, Atiqah Safian . Jangan lupa like page ni supaya dapat sneak peak isi kandungan komik ni!


Ok. Ni video aku buat sendiri. Serius aku cakap, cerita dia memang lain dari lain. Aku ni dah lar paranoid sikit bab nak pilih cerita best. Aku cakap ni bukan sebab nak promote (ok. maybe ada sikit) tapi memang cerita-ceritanya best. Insya-Allah, tak rugi korang beli.

Jangan lupa like page baru aku, Atiqah Safian . Selain dapat tahu sinopsis cerita-ceritanya, korang boleh gak tengok hasil lukisan aku. Ok.. Tu dah macam promote diri sendiri.

Ada orang minta aku buat sambungan tuk cerpen ni. Kalau nak sambungan, kena buat novel lar nampaknya. Hmm....

Wassalam~