Wednesday 17 December 2014

Budak Yang Tak Pikir

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

11 tahun dulu...

Aku dimasukkan kelas yang orang Malaysia ni panggil the-so-called 'kelas belakang' di mana budak2 tak pandai dalam akademik akan diletakkan ke dalam tu. Kelas ni ditarget tuk budak2 dia aktif bersukan and kelas paling tak bedisiplin. Ye. Kelas aku memang paling bising kalau nak dibandingkan dengan 'kelas second last'.

Bila balik, salah sorang parents aku akan jemput dengan kereta. Since sekolah aku tu kat bandar, makanya memang akan jam lar an. Then one day, aku ternampak someone kat luar.

CLASSMATE AKU TENGAH JALAN KAKI KE RUMAH

Sekolah dengan kawasan tu takdelah dekat mana. Aku nampak dia masuk ke rumah dia yang kecik lagi lusuh. Tu first time aku nampak rumah kawan sekecik tu. Aku tak ingat isi dia apa tapi aku ingat, ramai yang tak suka dia. Maybe sebab malas and bising. Tah. Aku kecik masa tu.

One day, sekolah akan adakan Hari Kantin. Cam biasa, kupon dijual tuk students guna masa event tu nanti. Ada yang bangga beli banyak2. Sape beli rm5 tu kira kaya lar. Aku cam biasa lar kot rm3. Memang tu je belanja kitaorang beradik. So masing2 akan membajet lar, tanya dorang beli. Budak2 an.

Then ada yang tanya kat kawan yang aku cite tadi, dia beli bape. Dia cakap, dia tak beli and takkan pergi pun. Dia takde DUIT. So people move on except for this selekeh girl. Oh yeah. Girl tu happened to be ME.

Aku rasa cam tak kena lar. Tah nape randomly aku cite kat orang, aku kesian kat dia. Ada yang kisah, ada yang tak. Last2 aku cakap, 

"jom kutip derma, kita belikan tuk dia."

Idea paling giler aku pernah bagi.

Ketua kelas setuju so kitaorang minta ler kat dalam kelas tu. Try kumpulkan sampai rm2 kot tak silap. Tah lupa lar wei. 11tahun dulu kot.

Dah cukup, kitaorang bagi kat cikgu. Nak beli tuk dia. Kitaorang pun kasi ler kat dia. Dia cam terkejut. Aku takdelah nak kata suasana tu cam cite2 cliche,dia menangis and berterima kasih and takkan lupakan jasa kitaorang. We're still a child who didn't know the real meaning of humanity. So perkara tu berlalu macam tu je.

Aku tak tau apa jadi kat dia. In fact, budak2 kelas aku pun aku dah lost contact. Especially bila aku dah pindah sekolah. Aku pun tak tau apa jadi kat aku.


11 tahun selepas itu

Aku jalan2 ke terminal one. Dari terminal one nak gi satu kedai ni (aku lupa nama dia) kena lalu satu jalan yang agak crowded. Sedang aku jalan, sorang laki yang pakai baju lusuh tengah hulurkan bekas. Ada beberapa syiling. Semua buat tak tau. Semua sibuk. Aku....pandang tempat lain dan terus berjalan.

Sampai kedai, aku pilih tudung. Tudung aku semua dah rosak. Pilih beberapa color, dalam 4 helai.

"Harga asal sehelai rm25 tapi saya kasi rm20. Semuanya rm80 ek dik."

Aku keluarkan duit dan bayar.

"Terima kasih kak."

Aku lalu jalan yang sama. Jumpa lelaki yang sama. Aku masih pandang tempat lain. Aah. Aku pun tak tau apa dah jadi kat aku.

No comments:

Post a Comment