Tuesday 16 December 2014

Bila Kau Pasrah

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Habis dah final presentation tadi. Aku kena hentam teruk lar. Madam cakap aku maleh. Aah. Sem ni yang paling maleh sampaikan aku rasa nak lari dari UIA ni sebab nyampah naa dengab sem ni. Tapi pe lecturer cakap, cam biasa hati keras. Tah ler dah bega (degil) sangat ke or aku dah biasa.

Aku nak cite apa berlaku sem ni. Sem paling giler aku pernah amik.

Satu hari, aku lambat nak pi kelas. Dah pukul 11.15am padahal kelas 11.30am. Kelas aku nak gi ni pasal knowledge and civilization. Dia cam kelas agama islam lar. Since ustaz aku ni jenis yang pandai buek aku tak tido dalam kelas, aku memang nak pi lar gak. Walaupun aku tau, kelas akan kunci bila ustaz dah masuk. And ustaz aku jenis on time. Ni je las kelas aku suka. Yang laen2 tu maleh.

Rushing punya pasal, aku pakai jeans dengan tshirt muslimah. Rare tak,pi kelas agama pakai jeans? Tapi kelas tu dah tak rare lar sebab aku ler yang jenis selalu pakai. Yelah. Tak sempat nak gosok jubah. Aku pun poie ler kelas naik skuter.

Aku pikir nak sampai kelas je. Sampai kat simpang stadium, aku ternampak jalan penuh pasir. And then...

AKU JATUH

Aku teringat badan kanan aku jatuh dulu. Satu badan dengan skuter terseret atas jalan. Aku tak ingat bape lama tapi lama lar gak. Since aku jatuh tengah2 jalan, aku cam pasrah je kot kena lenyek dengan kereta belakang.

Tapi aku nampak kereta berhenti. Motor2 pun.

"Are you ok?"
"Sister boleh bangun ke?"
"Ni jalan pasir ni."
"Angkat motor tu, letak tepi."

Skuter terhempap kat kaki. Aku nampak ada calar teruk tapi cam..aku abaikan. Dorang tanya kot aku boleh berdiri. Aku cuba angkat badan guna tangan kiri tapi aku jatuh balik. Tak larat. Dorang pun tolong ler aku. Bawa aku gi klinik.

Jeans aku koyak. Cam ada hikmah lar gak pakai jeans. Tak teruk sangat luka kat kaki. Tangan lar teruk. Aku takdelah nak merungut or sedih bila accident ni
 Aku takde pape perasaan. Maybe sebab....aku minta kot.

"Tqah ok tak?"
"Nak kita cucikan luka?"
"Camne kau boleh accident?"
"Kenapa kakyong tak gitau? Esok kita gi klinik lagi."

Di saat aku pasrah, masih ada yang berharap. Aku dapat balik helmet yang tertinggal dalam kereta sister yang tumpangkan aku gi klinik. Aku nampak calar kat helmet belah kanan.

"Kalau aku tak pakai helmet, macam mana ek.."

Kadang2, kau terjatuh, kau cuba bangkit tapi tak berjaya. Rendahkan egomu, terimalah bantuan. Thanks mak ayah. Thanks kawan2. Thanks kak mila yang tumpangkan gi klinik and kasi helmet balik. Thanks orang2 yang tolong kat simpang stadium tu.

"Lain kali kau langgar je lori." <--- ni kuajaq punya member

No comments:

Post a Comment