Sunday 9 November 2014

Nyalakan Bergema

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Masa tu, aku kecik lagi. Entah. Still sekolah rendah or dah sekolah menengah. Tapi aku ingat benda ni berlaku sebelum umur 14 tahun. Kenapa? Nanti aku cite.

Kat depan rumah aku, ada satu tanah lapang. Tanah jiran sebelah aku sebenarnya tapi dia guna untuk parking and kalau ada kenduri. Satu hari, ada lar satu makhluk ni datang situ. Dia duk merayau je situ.

Anjing. Anjing berwarna coklat. Anjing liar. Tapi masa kitaorang kecik, kitaorang diajar tuk panggil benda tu, anjing giler. Tah. Tak tau kenapa.

Rasanya, masa tu waktu cuti. Aku selalu gak tengok2 anjing tu. Pusing2 kat kawasan tu,kadang2 dia jalan2 keluar. Lama aku tengok dia. Mak ayah aku memang tak bagi ler kitaorang keluar, takut dia gigit.

Aku tengok kartun Tom and Jerry dengan Mickey Mouse. Makanan anjing tu mesti tulang. Aku pun ada idea giler, nak kasi anjing tu makan sebab kesian. Aku tau, mak ayah aku memang akan marah lar kalau buat camtu.

Jadi, aku senyap2 panjat pagar rumah. Aku takdelah nak kata takut sangat tapi still cuak lar. Anjing tu nampak aku tapi dia tak lari. Aku slow2 datang kat dia. Dia pun datang kat aku dengan terjelir2 lidah. Masa tu baru aku tau,lidah anjing tu cam warna purple sikit. Dia datang lagi dekat tapi aku jerit, "No! Sit2!" Konon bajet anjing ikut cakap aku lar cam dalam tv. Dia takde lar duduk tapi dia tak datang dekat.

Aku letak tulang tu kat batu. Dia bau and then, terus dia makan. Aku tak takut dengan anjing tu tapi takut dengan parents aku. So aku lari balik. Panjat pagar. Tapi tu lar rutin aku tiap hari.

Adik2 aku pun bila dapat tau, gedik2 nak ikut. Disebabkan tu, anjing tu kadang2 lalu depan rumah and buat aktiviti aku terkantoi. Memang mak ayah aku marah lar. Then,lepastu aku tak nampak anjing tu dah. No one knows what happened. Maybe dia dah pergi tempat lain. Maybe orang dah tangkap dia.

Satu hari, dalam pukul 7 pagi, aku dengan kawan aku gi kelas. Masa tu aku form 2. Haa. Tu sebab aku cakap kejadian bagi makan kat anjing tu sebelum aku umur 14. Buka je lampu, kitaorang terjerit. Ada seekor anjing tengah duduk atas meja. Dah lar meja tu betul2 belakang tempat duduk aku. Aku cool je tapi kawan aku panik.

Budak sekelas aku yang cina india try nak halau. Yang melayu semua duk luar termasuk aku. Aku nak masuk tapi dorang semua halang aku. Aku cakap pasal aku pernah kasi anjing makan, dorang terkejut and marah aku. Dah kenapa?

Aku tak pernah sentuh anjing. Mak aku cakap, air liur anjing ni ada kuman yang susah dibunuh. Anjing ni lak suka jilat badan dia so peratus kuman tu untuk ada kat badan dia pun,sangat tinggi. Tapi scientific cakap, hanya dengan campuran air dan tanah je mampu bunuh kuman ni. Remind you of something? Yup. Dengan sertu.

Takutnya manusia dengan anjing. Kecohnya manusia bila ada kes manusia sentuh anjing. Siap diselitkan hadis dan pendapat ulama' bagi kuatkan hujah dorang. Serius, hebat.


Di KL Sentral, satu iklan ditayangkan di skrin besar.

Program Muay Thai akan diadakan di Malaysia. Ahli2nya orang Melayu. Semua tersenyum bangga, tunjuk skill masing2. Makin tersenyum bila dua perempuan berkepit. Gelak tawa. Aku rasa, dia miskin kot, tak dapat beli kain yang cukup tuk buat baju.

Empat kawan aku pandang je skrin tu,tak berkelip. Terkejut. Sorang tu laki, aku buat2 tutup mata dia. "Astaghfirullah." Tu pe dorang duk sebut. Pandang sekeliling. People seem to ignore.

Aku tunggu je saat orang akan kecoh sekecoh kes sentuh anjing, siap dengan dalil. Entah bila. Aku terus ke depan, beli tiket ktm.

No comments:

Post a Comment