Tuesday 25 November 2014

Bukan Salah Mereka

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

"Sape kat sini tak solat penuh?"

Diam. Awal2 dorang pandang satu sama lain. Direct sangat kot soalan aku.

"Alar. Rilek je lar. Akak bukan nak marah korang pun. Akak pun pernah kat stage tu gak."

Ada dengan yakinnya angkat tangan. Ada yang takut2. Serius. Takde sumpah seranah dalam hati. Siapa aku nak judge orang?

"Kenapa?"

"Malas lar kak."
"Penat.."
"Dia cam nak solat...tapi sebab tangguh2, last2 tertinggal."
"Saya tak yakin dengan bacaan saya."

Jawapan keempat yang paling interesting. Aku tanya kenapa tak yakin. Ada kata, tak diajar, tak tahu.

"Kat kelas, ustaz tak mengajar pun kak. Dia membebel je. Kitaorang pun boleh sempat buat kerja lain lagi. Kadang2 keluar, ponteng kelas."

Ah. Aku teringat pula zaman sekolah aku dulu.

Aku dari all-girls school. Tahun tu, first time pindah sekolah campur. Sebab tak tau contribute apa untuk kelas, aku lukis anime perempuan and jadikan sebagai signage kat pintu. 'Welcome to 4Science2.'

Tengah aku borak2 dengan kawan aku, sorang budak laki datang kat aku tercungap2.

"Tqah. Ustaz koyakkan lukisan kau."

Erk. Rasa jantung kena tembak sedas.

"Pehal lak?"

"Dia cakap gambar tu seksi."

"Owh yeke. Seksi ek. Fine. Esok aku lukis muslimah lak."

Bengang. Tu je mampu cakap. Koyakkan depan budak2 lain. Malu. Serius malam tu gak aku lukis and aku lekat kat tempat sama. Ustaz tu perasan and panggil aku. Ingat dia nak marah tapi rupa2nya, dia nak minta tolong aku lukiskan orang untuk program menutup aurat and dia minta maaf kat aku sebab koyakkan. Masa tu, aku cam...kosong.

Lepas dua tahun, baru aku tau even kat lukisan pun, kita kena jaga aurat. Dua tahun.. aku....tak tahu...

Dan kini mereka yang berilmu marah2. Marah sebab dorang tak solat. Marah sebab dorang buat gejala sosial. Marah sebab homoseksual. Marah sebab malas. Marah. Marah. Marah.

Bebel dan terus bebel. Camne dorang nak buat kalau tak tahu? Camne dorang nak buat kalau kita tak membantu?

"Saya tak boleh nak salahkan mereka yang gay ni semata-mata. Saya lebih salahkan para dua't yang belum cukup buat kerja. Nastaghfirullah." -Inche Gabbana-

Para ulama' itu adalah untuk memberi harapan, bukan hukuman.

"Kalau tak tahu, belajar. Yang penting, usaha. Kalau akak cite camne akak dulu,mesti korang takkan caye."

Dan aku bercerita sebab aku nak dorang nampak harapan itu masih ada.

No comments:

Post a Comment