Monday 22 December 2014

Islam tu....

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

"You orang, semua benda pun haram!"
"Ape pulak? Memang kita tak boleh pakai seksi2."

Aku dengan kawan aku cuba kuatkan hujah against classmate kitaorang tu.

"You Islam,tu tak boleh. Ni tak boleh!"

Dia berbangsa Buddha. Maybe silap kitaorang kot sebab tak cukup ilmu. Yelah. Dahlah jahil.


"Cerita sikit pasal kristian."
"Saya tak tau lar."
"Kenapa lak? Bukan you selalu pergi church every sunday ke?"
"Pergi tapi saya tak dengar pun."
"Apa lar. Apa guna you pergi tapi tak dengar?"

Lawak giler bila aku pikir balik. Aku siap cakap dengan kawan aku, "kalau agama dorang betul, bukan patut dorang tau apa yang dorang belajar?" Padahal ilmu aku pun centek. Nama sebenar 4 imam pun fail. At least, dorang pergi gereja. Aku? Usrah pergi? Ceramah pun tido.


Dah masuk universiti, dah lama gak aku tak communicate dengan non muslim. Bukanlah tak bercakap langsung. Cakap lar tapi cam stranger lar. Dah lama tak berkawan dengan non muslim. Dah lama tak borak2 pasal agama masing2 walaupun end up gaduh and then member balik.

Apa aku nampak sekarang ni, sekeliling aku Muslim. Masing2 sibuk, 'kau tau tak islam haramkan ni?" "Islam menyuruh kita blah.. blah.. blah.." Apa yang aku dengar hanya larangan dan suruhan sampaikan aku tak nampak 'kemudahan' yang dikatakan semua.


Pagi tadi aku gi kedai buku Sinaran dengan ayah aku. Kat counter, cashier dengan customer tu tengah bercakap bahasa mandarin. Aku tak paham lar. Dah aku tak pernah study mandarin. Then cashier tu cakap.

"Dia cakap, dia mau kasi kad ni sama kawan melayu dia. Tapi dia cakap, tak boleh sebab ada gambar ini. Boleh ka kasi?"

Aku pandang kad tu. Tergelak sikit dalam hati.

"Boleh aunty."
"Boleh ka?"
"Ye, takde apa2 pun. Aunty jangan risau."

Dia happy and simpan kad tu. Kad tu ada gambar bear.

Aah. Korang boleh gelak. Aku sebenarnya risau. Risau dengan cara kita.

"You orang, semua benda pun haram!"

Aku teringat balik kata2 classmate aku 4 tahun yang lalu.

Thursday 18 December 2014

Salah Siapa?

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Jarang aku bercerita tentang satu pengalaman aku ni kat orang. Aku pernah jadi cikgu sementara sebelum aku sambung degree. Since aku dah bosan sangat duk rumah ni, so aku pun cari ler keje. Inilah pekerjaan yang paling nightmare aku pernah buat sampai kalau aku termimpi jadi cikgu balik, aku berharap sangat aku cepat bangun.

Aku kena mengajar budak2 darjah 2 dengan 3. So, korang bayangkanlah hyper dorang tu camne.

"Teacher! Teacher ajar kitaorang ek?"
"Teacher! Teacher umur bape?"
"Teacher! Nak tolong!"
"Teacher! Tengok dia ni, kacau saya!"
"Teacher, tandas."
Pening gak kepala aku.

Ada gak boleh berjalan2 masa kelas. Bising pun ada. Homework? Tak buat wei. Bila dah bising tu, yang dah start migrain tu. Bukan takat kat kelas je.

"Eh kak. Akak tengok Mr Arrogant semalam? Amboi, kemain hensem dah dia."
"Izzue Islam tu ...  blah blah blah (tak payah cite kot)"

Urgh. Kat bilik cikgu ni pun bising sebenarnya. Penat. Maka aku tido kat dalam bilik cikgu tu lepas dah habis tanda buku. Ada bebudak tanya soalan yang nampak simple tapi payah gak nak jawab.

"Teacher, kenapa teacher pakai tudung labuh? Kadang2 saya terpanggil teacher ustazah."
"Sebab nak tutup aurat."
"Tapi kenapa teacher pakai tudung kat dalam lagi?"
"Sebab teacher tak nak orang nampak leher teacher."
"Tapi kenapa cikgu lain tak pakai pun?"
"Err.. Sebab tudung dorang tebal kot."
Pernah gak aku meletop dengan bebudak ni. Sebab bega naa. (fyi, bega tu degil) Sekali tu ada budak lukis benda lucah. Ape lagi. Aku bawa budak tu ke cikgu HEM. Menangis budak tu. Then aku belikan aiskrim lepas dia janji tak buat lagi. Urgh. Cara bribe aku ni~ Kadang2 bribe juga guna gula2.

Since aku cikgu English, so aku kenalah cakap omputeh an dalam kelas tu. Tapi ni respon dorang.

"Teacher! Cakap lar bm! Kitaorang tak paham!"

Aku pun menurut perintah. Cett. Camne nak kasi dorang paham english kalau camni Tqah oi.

Cikgu2 ni diberikan buku log tuk report apa yang kitaorang dah ajar kat students. Siap ada schedule minggu tu kena habiskan silibus apa. Ikutkan, setiap minggu kena habiskan satu chapter. Agak terkejar2 lar gak tuk aku habiskan. Pening gak kepala aku nak pikir cara kreatif nak ajar dorang ni. Siap bawa LCD projector lar, nak ajar bebudak ni guna video.

"Teacher! Bukalah youtube!"
Cett. Kasi betis, nak paha.

Tapi yang paling aku stress ialah bila aku terpaksa teruskan silibus walaupun ada bebudak yang tak paham. Last2, aku pun like, 'screw this schedule! screw this log book!"

Aku ajar bebudak tu sampai paham walaupun minggu tu kena belajar benda lain. Biaq pi laa! Aku ajar past and present tense and Alhamdulillah, tiap sorang paham. Tu lar achievement yang paling aku bangga saat tu. Sampailah satu hari tu......

"Kak, nak tahu tak. Tadi saya pergi lar kelas 6 ____. Kelas kedua tu. Tapi masalahnya nak guna articles (a, an, the) pun tak reti! Ya Allah. Dah darjah 6 pun tak reti2 lagi."

Kita duk terkejar2 silibus. Lepastu kita complain dorang tak paham. Salahkan student tak study. Kalau camni sistem kita, maka aku bersyukur tolak tawaran sambung study ke IPG.

"Teacher! Kenapa teacher selalu parking sebelah kereta ustaz? Teacher suka ustaz ek?"
"Eh?? Apehal lak teacher? Teacher selalu datang awal ok~ Tanyalah ustaz kenapa."

And dorang betul2 tanya. Cett.

Wednesday 17 December 2014

Budak Yang Tak Pikir

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

11 tahun dulu...

Aku dimasukkan kelas yang orang Malaysia ni panggil the-so-called 'kelas belakang' di mana budak2 tak pandai dalam akademik akan diletakkan ke dalam tu. Kelas ni ditarget tuk budak2 dia aktif bersukan and kelas paling tak bedisiplin. Ye. Kelas aku memang paling bising kalau nak dibandingkan dengan 'kelas second last'.

Bila balik, salah sorang parents aku akan jemput dengan kereta. Since sekolah aku tu kat bandar, makanya memang akan jam lar an. Then one day, aku ternampak someone kat luar.

CLASSMATE AKU TENGAH JALAN KAKI KE RUMAH

Sekolah dengan kawasan tu takdelah dekat mana. Aku nampak dia masuk ke rumah dia yang kecik lagi lusuh. Tu first time aku nampak rumah kawan sekecik tu. Aku tak ingat isi dia apa tapi aku ingat, ramai yang tak suka dia. Maybe sebab malas and bising. Tah. Aku kecik masa tu.

One day, sekolah akan adakan Hari Kantin. Cam biasa, kupon dijual tuk students guna masa event tu nanti. Ada yang bangga beli banyak2. Sape beli rm5 tu kira kaya lar. Aku cam biasa lar kot rm3. Memang tu je belanja kitaorang beradik. So masing2 akan membajet lar, tanya dorang beli. Budak2 an.

Then ada yang tanya kat kawan yang aku cite tadi, dia beli bape. Dia cakap, dia tak beli and takkan pergi pun. Dia takde DUIT. So people move on except for this selekeh girl. Oh yeah. Girl tu happened to be ME.

Aku rasa cam tak kena lar. Tah nape randomly aku cite kat orang, aku kesian kat dia. Ada yang kisah, ada yang tak. Last2 aku cakap, 

"jom kutip derma, kita belikan tuk dia."

Idea paling giler aku pernah bagi.

Ketua kelas setuju so kitaorang minta ler kat dalam kelas tu. Try kumpulkan sampai rm2 kot tak silap. Tah lupa lar wei. 11tahun dulu kot.

Dah cukup, kitaorang bagi kat cikgu. Nak beli tuk dia. Kitaorang pun kasi ler kat dia. Dia cam terkejut. Aku takdelah nak kata suasana tu cam cite2 cliche,dia menangis and berterima kasih and takkan lupakan jasa kitaorang. We're still a child who didn't know the real meaning of humanity. So perkara tu berlalu macam tu je.

Aku tak tau apa jadi kat dia. In fact, budak2 kelas aku pun aku dah lost contact. Especially bila aku dah pindah sekolah. Aku pun tak tau apa jadi kat aku.


11 tahun selepas itu

Aku jalan2 ke terminal one. Dari terminal one nak gi satu kedai ni (aku lupa nama dia) kena lalu satu jalan yang agak crowded. Sedang aku jalan, sorang laki yang pakai baju lusuh tengah hulurkan bekas. Ada beberapa syiling. Semua buat tak tau. Semua sibuk. Aku....pandang tempat lain dan terus berjalan.

Sampai kedai, aku pilih tudung. Tudung aku semua dah rosak. Pilih beberapa color, dalam 4 helai.

"Harga asal sehelai rm25 tapi saya kasi rm20. Semuanya rm80 ek dik."

Aku keluarkan duit dan bayar.

"Terima kasih kak."

Aku lalu jalan yang sama. Jumpa lelaki yang sama. Aku masih pandang tempat lain. Aah. Aku pun tak tau apa dah jadi kat aku.

Tuesday 16 December 2014

Bila Kau Pasrah

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Habis dah final presentation tadi. Aku kena hentam teruk lar. Madam cakap aku maleh. Aah. Sem ni yang paling maleh sampaikan aku rasa nak lari dari UIA ni sebab nyampah naa dengab sem ni. Tapi pe lecturer cakap, cam biasa hati keras. Tah ler dah bega (degil) sangat ke or aku dah biasa.

Aku nak cite apa berlaku sem ni. Sem paling giler aku pernah amik.

Satu hari, aku lambat nak pi kelas. Dah pukul 11.15am padahal kelas 11.30am. Kelas aku nak gi ni pasal knowledge and civilization. Dia cam kelas agama islam lar. Since ustaz aku ni jenis yang pandai buek aku tak tido dalam kelas, aku memang nak pi lar gak. Walaupun aku tau, kelas akan kunci bila ustaz dah masuk. And ustaz aku jenis on time. Ni je las kelas aku suka. Yang laen2 tu maleh.

Rushing punya pasal, aku pakai jeans dengan tshirt muslimah. Rare tak,pi kelas agama pakai jeans? Tapi kelas tu dah tak rare lar sebab aku ler yang jenis selalu pakai. Yelah. Tak sempat nak gosok jubah. Aku pun poie ler kelas naik skuter.

Aku pikir nak sampai kelas je. Sampai kat simpang stadium, aku ternampak jalan penuh pasir. And then...

AKU JATUH

Aku teringat badan kanan aku jatuh dulu. Satu badan dengan skuter terseret atas jalan. Aku tak ingat bape lama tapi lama lar gak. Since aku jatuh tengah2 jalan, aku cam pasrah je kot kena lenyek dengan kereta belakang.

Tapi aku nampak kereta berhenti. Motor2 pun.

"Are you ok?"
"Sister boleh bangun ke?"
"Ni jalan pasir ni."
"Angkat motor tu, letak tepi."

Skuter terhempap kat kaki. Aku nampak ada calar teruk tapi cam..aku abaikan. Dorang tanya kot aku boleh berdiri. Aku cuba angkat badan guna tangan kiri tapi aku jatuh balik. Tak larat. Dorang pun tolong ler aku. Bawa aku gi klinik.

Jeans aku koyak. Cam ada hikmah lar gak pakai jeans. Tak teruk sangat luka kat kaki. Tangan lar teruk. Aku takdelah nak merungut or sedih bila accident ni
 Aku takde pape perasaan. Maybe sebab....aku minta kot.

"Tqah ok tak?"
"Nak kita cucikan luka?"
"Camne kau boleh accident?"
"Kenapa kakyong tak gitau? Esok kita gi klinik lagi."

Di saat aku pasrah, masih ada yang berharap. Aku dapat balik helmet yang tertinggal dalam kereta sister yang tumpangkan aku gi klinik. Aku nampak calar kat helmet belah kanan.

"Kalau aku tak pakai helmet, macam mana ek.."

Kadang2, kau terjatuh, kau cuba bangkit tapi tak berjaya. Rendahkan egomu, terimalah bantuan. Thanks mak ayah. Thanks kawan2. Thanks kak mila yang tumpangkan gi klinik and kasi helmet balik. Thanks orang2 yang tolong kat simpang stadium tu.

"Lain kali kau langgar je lori." <--- ni kuajaq punya member

Sunday 14 December 2014

Aku Yang Dulu

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Nama aku Atiqah Farhana Safian. Aku budak biasa, takdelah pelajar cemerlang, bukanlah awek cun, bukan awek solehah, makanya aku ni bukan sesape. Life aku, takde pape yang menarik pun. Serius.

Satu hari, kawan aku ingatkan kat aku balik. Dia tanya, "kau tak blogging lagi ke?"

Bagi yang tak tau, ni blog aku yang ketiga. Pergh. Tamak haloba kau, Tqah. Blog sampai nak 3. Blog aku no 1 dengan 2 tu terpaksa tutup. Since aku rindu nak tulis, aku buka blog baru. Kalau aku maleh, aku tak duk pikir lagi dah.

Ada tanya aku, nape aku tutup? Banyak alasan.

Tapi aku lupa camne aku menulis. Serius. Aku dah tak ingat camne aku boleh terus menerus tulis. Ada orang luar kenal aku based on blog. Ada yang kirim salam. Yang kirim salam tu, aku tunggu je kau muncul. XD 

Aku buka balik blog lama aku. Baca balik. Masa tu aku duk terfikir, "Ini aku ke?"

Life aku dah bosan sekarang. Masuk studio. Keluar studio. So,tak banyak benda aku nak cite. Vocab semua pun dah hancur. Otak aku duk pikir stress pasal design je.

"Eleyh. Lukis rumah je pun. Tak susah mana."

Aku hempuk gak sape duk cakap gitu. Masuk life architecture dulu, baru kau bajet cakap cenggitu. *one thing about architecture, hati aku dah keras dari caci maki lecturer. Serius.*

Teringat ada pernah cakap kat aku, dorang suka baca blog aku sebab aku seolah2 tengah cakap face to face. Wallahu'alam. Hazihi min fadhli Rabbi. Terima kasih. Masa aku gi pwtc tadi, aku teringat something lepas ayat ni.

"Plan saya antara nak jadi arkitek atau pengarah filem atau penulis." (Loghat kedah)

Aku start menulis gaya sempoi sebab aku bayangkan diri aku bercakap kat kamera. Aah. Ni semua disebabkan vlogger tu. Mak aku nak aku jadi vlogger tapi sebabkan suara aku yang 'ayu sangat', aku jadi takat blogger je lar.

Aku menulis balik. Walaupun arkitek ni kena banyak melukis dari menulis.

"Wei , Tqah. Kau nak cakap ape sebenarnya ni?"
"Tah. Excited lagi kot jumpa Matluthfi tadi. Haha."

Hak milik Atiqah Farhana Safian

"Matluthfi ni pun salah sorang yang suka buat benda baru." -member-

Be Different.

Saturday 13 December 2014

A Never Ending One

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Haritu aku ada masalah dengan beberapa manusia. Ok. Sebenarnya bukan masalah aku pun. Ni masalah antara dorang. Tapi sebab dorang buka masalah tu depan aku, jadi secara tak langsung benda tu dah jadi masalah aku ler. Masalah dari segi menyerabutkan otak aku.

"Jangan masuk campur." Tu kata majoriti bila aku nak bersuara. Fine.

Aku ni ada satu personaliti 'senyap'. Bukan senyap yang malu2, kau baru kenal aku tu. Tapi ni senyap yang malas nak masuk campur. Malas nak cari masalah.

Satu hari, masalah tu jadi besar.

Bising wei, bising. Aku yang awalnya sangat cool, jadi serabut. Budak2 lari. Aku yang dah umur 21tahun ni pun lari. Lari ke arah.....kegelapan. cenggitu. Eh. Serius ni. Aku lari dalam gelap.

Aku lari jauh. Takde dah dengar bising2. Nanti aku balik,senyap lar tu. Jalan punya jalan,tetibe aku teringat. Adik aku pernah cakap,dia pernah nampak 'benda' bergayut kat salah satu pokok kelapa kat jalan yang aku tengah jalan ni. Gulp. Aku pun patah balik.

Ingatkan dah settle tapi bising lagi. Argh! Serabut! Aku blah lagi. Kali ni, bawa member teman. Konon, ngadu lar. So, mood jadi cool balik lar. Tapi aku rasa, kejap je ni. Aku balik, mood aku serabut balik punya.

Bila aku balik,memang tak settle lagi. Aku duduk,emotionless. Malas. Malas. Tapi kali ni, masalah tu jadi depan mata. Sabar Tqah, sabar. Tapi makin lama makin bising. Aku tutup telinga. Diam.. diam..

"Shut up! Just shut up!"

Automatik. Aku buka suara. Diam. Semua diam. Terkejut mungkin. Akhirnya, suasana bising jadi tenang balik. Tapi ramai tak sangka, ayat tu keluar dari mulut aku. Yelah. Orang senyap tetibe bersuara.

"Y'know. It's kinda rude for you to say that."
"Sape suh bising depan aku? Masalah sendiri,settle belakang lar."

Lama dah senyap. Buat masa sekarang..

"Haritu si fulan tu tak datang pun nikah si fulan ni. Tah apa masalah dia, aku pun tak paham."

Depan mata aku, kata2 tu keluar. Dan aku tau, masalah ni takkan selesai. Aku senyap dan blah. Malas nak masuk campur.

Tuesday 25 November 2014

Bukan Salah Mereka

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

"Sape kat sini tak solat penuh?"

Diam. Awal2 dorang pandang satu sama lain. Direct sangat kot soalan aku.

"Alar. Rilek je lar. Akak bukan nak marah korang pun. Akak pun pernah kat stage tu gak."

Ada dengan yakinnya angkat tangan. Ada yang takut2. Serius. Takde sumpah seranah dalam hati. Siapa aku nak judge orang?

"Kenapa?"

"Malas lar kak."
"Penat.."
"Dia cam nak solat...tapi sebab tangguh2, last2 tertinggal."
"Saya tak yakin dengan bacaan saya."

Jawapan keempat yang paling interesting. Aku tanya kenapa tak yakin. Ada kata, tak diajar, tak tahu.

"Kat kelas, ustaz tak mengajar pun kak. Dia membebel je. Kitaorang pun boleh sempat buat kerja lain lagi. Kadang2 keluar, ponteng kelas."

Ah. Aku teringat pula zaman sekolah aku dulu.

Aku dari all-girls school. Tahun tu, first time pindah sekolah campur. Sebab tak tau contribute apa untuk kelas, aku lukis anime perempuan and jadikan sebagai signage kat pintu. 'Welcome to 4Science2.'

Tengah aku borak2 dengan kawan aku, sorang budak laki datang kat aku tercungap2.

"Tqah. Ustaz koyakkan lukisan kau."

Erk. Rasa jantung kena tembak sedas.

"Pehal lak?"

"Dia cakap gambar tu seksi."

"Owh yeke. Seksi ek. Fine. Esok aku lukis muslimah lak."

Bengang. Tu je mampu cakap. Koyakkan depan budak2 lain. Malu. Serius malam tu gak aku lukis and aku lekat kat tempat sama. Ustaz tu perasan and panggil aku. Ingat dia nak marah tapi rupa2nya, dia nak minta tolong aku lukiskan orang untuk program menutup aurat and dia minta maaf kat aku sebab koyakkan. Masa tu, aku cam...kosong.

Lepas dua tahun, baru aku tau even kat lukisan pun, kita kena jaga aurat. Dua tahun.. aku....tak tahu...

Dan kini mereka yang berilmu marah2. Marah sebab dorang tak solat. Marah sebab dorang buat gejala sosial. Marah sebab homoseksual. Marah sebab malas. Marah. Marah. Marah.

Bebel dan terus bebel. Camne dorang nak buat kalau tak tahu? Camne dorang nak buat kalau kita tak membantu?

"Saya tak boleh nak salahkan mereka yang gay ni semata-mata. Saya lebih salahkan para dua't yang belum cukup buat kerja. Nastaghfirullah." -Inche Gabbana-

Para ulama' itu adalah untuk memberi harapan, bukan hukuman.

"Kalau tak tahu, belajar. Yang penting, usaha. Kalau akak cite camne akak dulu,mesti korang takkan caye."

Dan aku bercerita sebab aku nak dorang nampak harapan itu masih ada.

Wednesday 12 November 2014

Eksplorasi Jiwa

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Nama aku, Atiqah Farhana Binti Safian. Aku pelajar arkitek di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Aku hidup di dunia yang takde life, di mana tidur aku takkan pernah cukup, makan minum tak terjaga, tahan telinga dari dengar kata2 pedas lecturer dan tension.

Masuk gombak, aku tak masuk apa2 dah. Life aku cuma design. Life aku kat studio. Life aku kat bilik. Life aku kat rumah. Aku cuba nak join society tapi masa interview, dia tanya satu soalan yang aku dah agak, "Awak kan student architecture? Boleh ke bagi komitmen?" Aku failed.

Satu hari, group kitaorang dijemput tuk adakan kem motivasi kat satu sekolah. Masa tu, aku serius blur. Aku takde pengalaman jadi fesi. Ni first time. Serius aku cakap, awal2 aku agak spoil sikit tapi aku develop myself, trying to better. Tapi daripada kem ni, helping skill aku semakin bertambah. Students ada yang share problem dengan kita. That's when you can develop your helping skill, to be a good listener.

Aku bukan nak merendahkan diri aku tapi bagi aku, menjadi fasilitator or volunteer ni satu benda yang bagus tuk mengasah soft skill kita. Orang yang amik kita bekerja bukan pandang dari segi akademik je tapi soft skill gak. Kalau takat keje bagus tapi tak pandai nak communicate, susah gak. Betul tak?

Dengan ini, saya (dah jadi formal) ingin mengajak kalian yang berumur 13 hingga 17 tahun untuk join kem yang dianjurkan oleh group kami, G Umran iaitu XGWa atau nama penuhnya, Eksplorasi Jiwa! Kem ni bagi peluang kat adik2 semua tuk latih diri menjadi seorang fasilitator dan dalam masa sama,menjadi seorang leader yang bagus.

Yang amik Spm pun boleh join! So sebelum korang keje part time or duk rumah je, jom asah skill dulu. Register sebelum 31 disember 2014. Sesape yang ada adik, cuba brainwash dia tuk join program macam ni. Haha. Tak rugi pun. Bertambah pengalaman dan kenalan ada lar. Siap dapat sijil kot! Boleh guna nak jadi fesi /volunteer in the future or resume nak masuk U or biasiswa ke.

Berapa?
Bayar rm60 je! Murah tu. Boleh bayar rm20 sebagai deposit.

Bila?
16, 17 dan 18 Januari 2015

Kat mana?
Taman Wetland, Putrajaya

Apa yang menanti korang semua?
Game yang direka khas oleh future arkitek2 kita. Ice Breaking, LDK, Leadership Game, Introspeksi dan Workshop

Siapa perlu korang contact?
Bro Khai : 013-2769580
Bro Hizwan : 013-6460952
Sis Tiqah : 017-7774917

Check it out di page kami, XGWa . Dare to Change, Make a Change! Jom! Ajak kawan2 sekali! Bila lagi nak ada peluang camni? :D

Sunday 9 November 2014

Nyalakan Bergema

~Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh~

Masa tu, aku kecik lagi. Entah. Still sekolah rendah or dah sekolah menengah. Tapi aku ingat benda ni berlaku sebelum umur 14 tahun. Kenapa? Nanti aku cite.

Kat depan rumah aku, ada satu tanah lapang. Tanah jiran sebelah aku sebenarnya tapi dia guna untuk parking and kalau ada kenduri. Satu hari, ada lar satu makhluk ni datang situ. Dia duk merayau je situ.

Anjing. Anjing berwarna coklat. Anjing liar. Tapi masa kitaorang kecik, kitaorang diajar tuk panggil benda tu, anjing giler. Tah. Tak tau kenapa.

Rasanya, masa tu waktu cuti. Aku selalu gak tengok2 anjing tu. Pusing2 kat kawasan tu,kadang2 dia jalan2 keluar. Lama aku tengok dia. Mak ayah aku memang tak bagi ler kitaorang keluar, takut dia gigit.

Aku tengok kartun Tom and Jerry dengan Mickey Mouse. Makanan anjing tu mesti tulang. Aku pun ada idea giler, nak kasi anjing tu makan sebab kesian. Aku tau, mak ayah aku memang akan marah lar kalau buat camtu.

Jadi, aku senyap2 panjat pagar rumah. Aku takdelah nak kata takut sangat tapi still cuak lar. Anjing tu nampak aku tapi dia tak lari. Aku slow2 datang kat dia. Dia pun datang kat aku dengan terjelir2 lidah. Masa tu baru aku tau,lidah anjing tu cam warna purple sikit. Dia datang lagi dekat tapi aku jerit, "No! Sit2!" Konon bajet anjing ikut cakap aku lar cam dalam tv. Dia takde lar duduk tapi dia tak datang dekat.

Aku letak tulang tu kat batu. Dia bau and then, terus dia makan. Aku tak takut dengan anjing tu tapi takut dengan parents aku. So aku lari balik. Panjat pagar. Tapi tu lar rutin aku tiap hari.

Adik2 aku pun bila dapat tau, gedik2 nak ikut. Disebabkan tu, anjing tu kadang2 lalu depan rumah and buat aktiviti aku terkantoi. Memang mak ayah aku marah lar. Then,lepastu aku tak nampak anjing tu dah. No one knows what happened. Maybe dia dah pergi tempat lain. Maybe orang dah tangkap dia.

Satu hari, dalam pukul 7 pagi, aku dengan kawan aku gi kelas. Masa tu aku form 2. Haa. Tu sebab aku cakap kejadian bagi makan kat anjing tu sebelum aku umur 14. Buka je lampu, kitaorang terjerit. Ada seekor anjing tengah duduk atas meja. Dah lar meja tu betul2 belakang tempat duduk aku. Aku cool je tapi kawan aku panik.

Budak sekelas aku yang cina india try nak halau. Yang melayu semua duk luar termasuk aku. Aku nak masuk tapi dorang semua halang aku. Aku cakap pasal aku pernah kasi anjing makan, dorang terkejut and marah aku. Dah kenapa?

Aku tak pernah sentuh anjing. Mak aku cakap, air liur anjing ni ada kuman yang susah dibunuh. Anjing ni lak suka jilat badan dia so peratus kuman tu untuk ada kat badan dia pun,sangat tinggi. Tapi scientific cakap, hanya dengan campuran air dan tanah je mampu bunuh kuman ni. Remind you of something? Yup. Dengan sertu.

Takutnya manusia dengan anjing. Kecohnya manusia bila ada kes manusia sentuh anjing. Siap diselitkan hadis dan pendapat ulama' bagi kuatkan hujah dorang. Serius, hebat.


Di KL Sentral, satu iklan ditayangkan di skrin besar.

Program Muay Thai akan diadakan di Malaysia. Ahli2nya orang Melayu. Semua tersenyum bangga, tunjuk skill masing2. Makin tersenyum bila dua perempuan berkepit. Gelak tawa. Aku rasa, dia miskin kot, tak dapat beli kain yang cukup tuk buat baju.

Empat kawan aku pandang je skrin tu,tak berkelip. Terkejut. Sorang tu laki, aku buat2 tutup mata dia. "Astaghfirullah." Tu pe dorang duk sebut. Pandang sekeliling. People seem to ignore.

Aku tunggu je saat orang akan kecoh sekecoh kes sentuh anjing, siap dengan dalil. Entah bila. Aku terus ke depan, beli tiket ktm.

Friday 31 October 2014

Biodata

Nama          : Atiqah Farhana Binti Safian
Asal            : Seremban, Negeri Sembilan
Kuliyyah     : Architecture (Part 1)
Universiti    : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Email          : atiqahsafian@yahoo.com
Twitter        : https://twitter.com/AtiqahSafian
Part Time    : G Umran Enterprise (Business : cookies & drinks, Facilitating and Heritage Studies)